Rabu, 3 Ogos 2022

CABARAN DUN KERAMBUNAI 

Oleh. Gifkir Aming 

Kerambunai. Barisan Nasional Dun Kerambunai bakal mendepani 

saingan sengit jika Parti Bersatu Sabah (PBS) berpihak dengan GRS teraju PPBM dalam pilihan raya negeri akan datang.

Untuk rekod setakat ini BN Sabah hanya di anggotai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA, MIC dan UMNO dimana dun Kerambunai akan berdepan dengan GRS, PAKATAN HARAPAN dan WARISAN jika GRS tidak berkerjasama dengan BN menurut aktivis masyarakat Dun Kerambunai.

Dun Kerambunai masa kini dikuasai oleh UMNO BN dengan rekod kemenangan hanya 16 undi semasa pilihan raya negeri yang lalu hampir tewas dengan calon dari Parti Warisan Sabah yang terdekat beza undi sekadar 16 orang sahaja. 

Media Terkini dimaklumkan Parti Bersatu Sabah bahagian Kerambunai diterajui oleh Datuk Johnny Goh @ Goh Chin Lok mantan wakil rakyat Dun Inanam yang lalu sebaik ahli ahli PBS Dun Kerambunai menyokong beliau menerajui PBS di Dun tersebut sejak beberapa bulan lepas.

Pengundi Dun Kerambunai terbahagi dengan KDM dan pengundi Melayu serta etnik cina dimana bukan muda BN mendepani parti parti lawan jika berlaku sehingga lebih 6 penjuru terang aktivis warga dun Kerambunai hari ini.

Hanya kebijaksanaan para pemimpin UMNO BN sahaja yang boleh mencari petunjuk meraih sokongan rakyat dikawasan tersebit dalam menanti pilihan raya negeri Sabah akan datang.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan