Ahad, 7 Ogos 2022

MP BERSATU SERTAI PBB SARAWAK 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sarawak. Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disahkan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) menjadikan PPBM kehilangan satu kerusi parlimen di Bumi Kenyalang hari ini.

Ahli Parlimen tersebut diterima menyertai PBB tanpa sebarang syarat melainkan membantu parti didalam menghadapi pru kali ke 15 dijangka bila bila masa sahaja mengikut pergolakan politik masa kini. 

Adakah PPBM akan terus bertanding di parlimen Puncak Borneo dalam pru kali ke 15 ianya masih didalam teka teki mereka berdasarkan cabaran parti pembangkang tempatan dan dari Pakatan Harapan Rakyat Malaysia namun penduduk Puncak Borneo ada jawapan tersendiri mereka pada pru kali ke 15 kelak.

Percaturan di Parlimen Puncak Borneo pada pru ke 15 adalah antara Gabungan Parti Sarawak, Parti Pakatan Harapan Rakyat, Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan beberapa parti pembangkang tempatan Bumi Kenyalang yang dilaporkan mengintai kerusi parlimen tersebut. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan