Ahad, 7 Ogos 2022

MISI PERLU DALAM MESYUARAT UMNO 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kesiapsiagaan dalam mesyuarat UMNO cawangan yang bermula dari 15 Ogos sehingga 18 September 2022 perlu menerap misi bagi mendapat mandat sokongan seluruh rakyat dikawasan cawangan masing masing agar mampu meraih kemenangan dalam pru ke 15 akan datang.

Kekuatan sokongan seluruh rakyat dalam cawangan yang didaftarkan juga perlu dipersembahkan kepada bahagian bagi kajian terperinci kekuatan mereka tanpa menyembunyikan segala suara rakyat setempat dengan cawangan mereka. 

Dalam mengetahui kekuatan parti UMNO semua Ketua Cawangan perlu mempamerkan sokongan rakyat disekeliling kedudukan cawangan berdaftar mereka dengan kepimpinan pusat agat tindakan susulan dapat dibuat bagi menemui penyokong dan bukan sekadar diatas kertas seperti pru ke 14 yang lalu. 

Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bakal bermesyuarat pada 7, 8, 9 Oktober 2022 diseluruh negara manakala perwakilan UMNO bahagian mula bermesyuarat pada 14, 15 sehingga 16 November 2022 dimana membuat persediaan ke Perhimpunan Agong Umno pada 23 November 2022 akan datang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun berita, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan