SESEKALI TERSENTAK
Oleh. Nazatul Dolah
Sabah. Tidak siapa menduga apabila dalam sesuatu majlis kita akan tersentak etnik lain mampu menguasai bahasa etnik lain sedangkan etnik terlibat sendiri gagal menguasai bahasa mereka sendiri, ini lah yang sesakli berlaku tanpa kita menduga berlaku dihadapan mata kita sendiri akibat kealfaan etnik kita menukar penggunaan bahasa asal mereka walaupun didalam rumah sendiri bersama keluarga masing masing.
Sementara itu beberapa etnik lain dalam negeri Sabah giat belajar dalam pelbagai bahasa anak negeri Sabah manakala warga asing dalam Sabah pula berusaha belajar semua bahasa terutama bahasa anak anak negeri yang menjadi suara nadi pelopor kerajaan negeri Sabah, sebaliknya etnik asli Sabah lebih suka berbahasa asing seperti bahasa luar negara sehingga dengan orang asli sekalipun mereka bertutur dengan bahasa asing dari barat yang menjadi senyuman sinis para pekerja asing diseluruh negeri ini.
Ini berlaku disatu majlis Perkahwinan antara gadis Sabah dengan jejaka Kelantan dimana orang Cina dijemput menyanyi tiba tiba menyampaikan dua buah lagu Dusun yang hit's dipasaran berbanding etnik dusun yang lain menyanyi Melayu dan Bahasa English pada majlis tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan