Isnin, 29 April 2019

Oleh. Williem Anak Lagau
MA 63 SARAWAK TUNTUT MANDAT RAKYAT
Kuching. Kesatuan rakyat bumi kenyalang bakal memperolehi hak hak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia Aggrement (MA)  63 hasil dari usaha kerajaan negeri selagi seluruh rakyat Sarawak tidak berpecah dalam arus politik dari luar, malah permaufakatan antara kerajaan dengan rakyat jelata jelas membuktikan keupayaan tuntutan tersebut mampu dicapai dalam jangkamasa panjang tambahan melihat kedudukan politik semasa yang sukar bagi parti dari luar Sarawak mendapat sokongan bila bertanding dibumi kenyalang.
Kelebihan rakyat bumi kenyalang juga bergantung kepada kekuatan para pemimpin parti politik mereka yang prihatin dan mesra rakyat tanpa mengira bangsa agama serta darjat kedudukan,  tidak hairan lah hingga kehari ini parti politik tempatan tidak mampu ditewaskan oleh parti luar Sarawak walau siapa juga dicalonkan bagi kawasaan terlibat selagi parti terlibat menentang keseluruhan parti tempatan.
Media Terkini juga dimaklumkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan calang calang kekuatan nya bagi mempertahankan parti politik Sarawak berhadapan dengan parti parti dari luar Sarawak apa tak lagi menjelang PRU ke 15 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan