Jumaat, 26 April 2019

 WANITA BERENTAP REBUT PARLIMEN
Oleh. Williem Anak Lagau
Sandakan. Pilihan raya kecil parlimen Sandakan bakal menurunkan calon wanita bagi merebut kerusi tersebut pada 11 Mei 2019 dengan jumlah pengundi berdaftar lebih kurang 40,000 orang, DAP menurunkan Vivian Wong Shir Yee manakala PBS menurunkan Datin Linda Tsen Thau Lin mantan Ahli Parlimen Batu Sapi Sandakan sebelum PRU ke 14 yang lalu bagi mewarisi perjuangan PBS parti tempatan Sabah.
Parti DAP memperoleh 19,094 pada PRU ke 14 manakala BN Datuk Lim Minggu Hoo sekadar 8,996 undi.  Penamaan calon PRK Parlimen Sandakan pada 27 April 2019 dimana dilaporkan 6 borang pencalonan terjual setakat berita ini ditulis sumber dari SuruhanJaya Pilihan Raya Malaysia. Dalam konteks PRK Parlimen Sandakan ramai rakyat Sabah meramalkan ini adalah tugasan besar Datuk Seri Mood. Shafie Afdal menghadapinya sebagai Ketua Menteri Sabah dalam usia genap setahun Mei 2019 ini.
Sabtu 27 April 2019 lebih kurang 11.00 pagi pasti dapat diketahui umum berapa jumlah bakal bertanding sebenar dalam pilihan raya kecil parlimen berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan