Rabu, 10 April 2019

PERLANTIKAN OKK (KETUA DAERAH) PANAS
Oleh. Bujie Tukarang
Kota Kinabalu.  Kemelut perlantikan OKK (Ketua Daerah) kecuh dengan pelbagai bantahan dikalangan orang bukan Islam jika orang Islam yang dilantik, golongan terlibat lupa Orang Dusun Kadazan juga layak menjawat jawatan tersebut walaupun mereka sudah memeluk agama Islam memandangkan golongan terlibat memiliki dua kelulusan dan kepakaran.
Dusun Kadazan Murut beragama Islam memahami adat istiadat PAGAN warisan keturunan mereka manakala sebilangan perundangan kecil syariah juga sebahagian kaum tersebut beragama Islam juga telah mempelajari walaupun tidak secara menyeluruh berdasarkan tinjauan Media Terkini Sabah, tidak tepat lah pelbagai bantahan OKK orang Islam tidak boleh menjawat jawatan tersebut selagi etnik terlibat dari kaum Dusun Kadazan atau Murut beragama Islam Mualaf atau saudara baru dan bermastautin dikawasan terlibat lebih 20 tahun jelas etnik terlibat.
Media Terkini melihat kecoh perebutan jawatan tersebut menjadi pertikaian dikalangan bekas bekas penjawat jawatan tersebut termasuk lah pemimpin parti politik segelintir pempin kerajaan tanpa mengambil kira kelayakan orang KDM beragama Islam yang dahulunya mereka amalkan bersama tanpa sebarang perbezaan dalam adat istiadat anak negeri melainkam syariah Islam ujar orang etnik Orang Mualaf dinegeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan