Selasa, 30 April 2019

Oleh. Norzaitie Kirwan
CUBAAN MENGGUGUR UGAMA DAN SUKU KAUM TIDAK DITERIMA
Borneo. Tindakan pemimpin DAP di Semananjung Malaysia cuba mencadanvkan pengguguran Ugama dan Suku Kaum dalam Kad Pengenalan rakyat asli Malaysia terutama Sarawak dan Sabah harus ditolak secara keseluruhan, majoriti rakyat asli Malaysia memiliki Ugama dan Suku Kaum Etnik sejak ratusan tahun mengapa pula timbul cadangan seorang pemimpin DAP menghapuskan Ugama dan Suku Kaum jika tidak memiliki tujuan dalam jangkamasa panjang yang rakyat tidak terjangkau apa tak lagi dalam situasi mereka berkuasa sebagai kerajaan masa kini namun undian rakyat lebih berkuasa berbanding suara individu bergelar pemimpin.
Sujaun Abdullah dari Bandar Kim Fung Sandakan berkata demikian sebagai mengulas tindakan seorang pemimpin DAP yang cuba mencadang memansuhkan Ugama dan Suku Kaum dalam Kad Pengenalan Malaysia yang tersebar dalam akbar baru baru ini, sebagai anak jati Sandakan mari tunjuk kuasa kita tidak mahu hilang kepelbagaian suku kaum dan pelbagai ugama didalam parlimen Sandakan ini lah masa mengundi kita membuktikan kuasa kita lebih besar dari pemimpin yang cuba memansuhkan suku dan ugama kita tanpa bertanya pada rakyat jelata yang mengundi mereka katanya.
Sujaun Abdullah menambah, majoriti anak jati Parlimen Sandakan tidak mungkin setuju Ugama dan Suku Kaum cuba dimansuhkan dalam ruang Kad Pengenalan mereka kecuali yang bersorak ialah golongan Pendatang Asing Tanpa Izin namun rakyat anak negeri tidak akan sokong perbuatan seumpama, oleh yang demikian dalam menanti 11 Mei 2019 mari anak jati parlimen Sandakan pertahankan Ugama dan Suku Kaum kita masing masing dan bisik dalam naluri kita agar menolak sistem politik seumpama agar masa hadapan kita tidak tergadai Ugama dan Suku Kaum dalam Kad Pengenalan apa tak lagi kita di Sabah dan Sarawak yang memiliki status anak negeri tegas beliau kesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan