Isnin, 29 April 2019

"GAMBAR HIASAN"
MASUK DAN KELUAR AGAMA ISLAM DILINDUNGI?
Kota Kinabalu. Isu pendedahan 2019 panas berdasarkan laporan masyarakat luar bandar ada yang sudah bertahun memeluk agama Islam namun bila bertemu jodoh dikalangan bukan beragama Islam dengan senang sahaja mereka tinggalkan agama Islam tanpa dilarang oleh ibu bapa atau para pemimpin kampung, sebaliknya keluarga bukan Islam orang yang masuk keluar Islam sungguh ego mendepani orang orang Islam bagaikan mereka menang dalam perjuangan menakluki individu meninggalkan Islam demi berkhawin dengan pasangan bukan Islam sejak beberapa tahun lalu.
Demikian pendedahan beberapa penganut agama Islam yang menemui wakil Media Terkini di Kota Kinabalu bagi mendedahkan kes yang berat untuk dipikul namun sukar untuk diam membisu sehingga terpanggil mendedahkan dalam akbar untuk perhatian semua pihak agar pemimpin setiap kampung buka mata dan tidak membisu apa yang berlaku dalam kampung mereka, peliknya semasa merebut pelbagai jawatan dalam kampung semua tanggongjawab dipikul tanpa ada yang dicicirkan namun setelah memegang pelbagai jawatan kampung masuk keluar Islam diabaikan malah khawin dinegara jiran sampai beranak pinak tanpa didaftar kepada negara Malaysia juga dibiarkan bersembunyi diperkampungan terpencil tegas Pendakwah Islam yang melapor kes ini.
Media Terkini Sabah berharap Ketua Kampung, Jawatankuasa MPKK, Amil atau Imam serta Kapitan Cina yang tahu kes seumpama berlaku  supaya bertindak melapor kepada pihak berkuasa tempatan khususnya Hal Ehwal Agama Islam tanpa melindungi agar pesalah mendapat pengajaran yang setimpal apa juga perkara mengaibkan agama Islam setempat. OlehJasly Dolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan