Sabtu, 13 April 2019

DUN RANTAU MILIK BN?
Oleh. Basron Kirwan
Negeri Sembilan. Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan Mantan Menteri Besar tidak ada masaalah memenangi Kerusi Dun Rantau walaupun pelbagai senjata kempen dibuat oleh jentera Pakatan Harapan sepanjang masa berkempen, BN akan terus diberi sokongan rakyat bagi kerusi Dun rantau walaupun akan terus menjadi pembangkang yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri yang diterajui Kerajaan Pakatan Harapan masa kini selaku pentadbir Negeri Sembilan tanpa terpedaya politik  yang kurang meyakinkan masyarakat setempat.
13 April 2019 bakal merealisasikan sokongan rakyat Dun Rantau dimana kemenangan Datuk Seri Mohamad Hassan bakal memperolehi undi tertinggi seperti disuarakan pengundi Melayu yang ditemui kru media setempat, apapun sepanjang pengundian di Dun Rantau akan ditinjau sepenuhnya sehingga pengumuman undi oleh Suruhanjaya PilihanRaya bagi memberi lapuran wakil rakyat yang bakal memenangi menerajui YB Dun Rantau bagi membela rakyat jelata dikawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan