Rabu, 10 April 2019

Berita Ringkas
Perlantikan OKK bagi daerah Kota Kinabalu mewakili Dusun Islam memberi pelbagai impak bagi etnik Kadazan Dusun Murut Lotud Rungus Tatana yang beragama Islam atau dikenali MUALAF agar mereka mengekal pengetahuan adat istiadat dan budaya etnik tersebut sebagai penyimpanan sejarah yang berguna, malah amat menyedihkan apabila sesetengah etnik tersebut yang beragama Islam ketika dihubungi bagai menjawab hambar malah ada yang tidak gembira etnik yang sebangsa dan seagama mereka dilantik Ketua Daerah tanpa merenung dalam jangka masa panjang.
Bagi yang tidak seagama pula sekadar berdiam diri ketika cuba dihubungi media sebagai mendapat ulasan terhadap perlantikan tersebut tanpa sepatah kata,  berdasarkan kajian terhadap perlantikan tersebut amat jelas masih ramai etnik sebangsa dan seagama yang tidak senang berikutan kaum mereka dilantik dalam sesuatu jawatan dalam kerajaan mahupun sektor swasta dipelusuk Sabah.
Menurut sumber hari ini OKK MARINO AHMAD telah menerima watikah perlantikan sebagai Ketua Daerah Kota Kinabalu lebih kurang jam 3.00 petang tadi.
Etnik tersebut yang beragama Islam perlu membuka mata dan menerima apa juga perjawatan kaum mereka dalam kerajaan mahupun swasta tanpa mengira kelulusan dan pangkat namun perlu diteliti pelbagai pengalaman berlandaskan semua kursus yang diikuti golongan yang dilantik.
Berdiri bersama pemimpin tertinggi kerajaan didokong rakyat berbilang kaum, duduk bersama rakyat jelata pelbagai kaum selagi setiakawan misi dan motto kami. Oleh Williem Anak Lagau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan