Ahad, 28 April 2019

KUBURAN ISLAM JADI BAHAN BERKEMPEN?
Oleh. Jasly Dolah
Sandakan. Penduduk beragama Islam dalam kawasan Parlimen Sandakan meminta agar tanah perkuburan tidak dijadikan tempat merakam gambar bagi satu kerja amal pada musim politik dimana pelbagai andaian akan tersebar meluas dan bakal menjejaskan nama baik tanah pefkuburan terlibat, pendedahan ini dibuat seorang yang menamakan dirinya hamba Allah berikutan pelbagai tohmahan disebarkan dalam laman sesawang selepas calon DAP Parlimen Sandakan hadir membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg. Sim Sim Sandakan lengkap berbaju dengan LOGO DAP yang mungkin tidak kisah bagi mereka bukan Islam namun bagaimana sensetiviti umat Islam yang melihat dalam masa berkempen tegas beliau.
Hamba Allah dari Sandakan turut hairan dengan para ahli politik DAP yang mencetuskan idea idea ganjil mencabar umat Islam serta cuba memerangkap kerajaan dengan memansuhkan suku kaum etnik dalam Kad Pengenalan Rakyat Bumiputera Malaysia tanpa berfikir perasaan orang lain dan jauh sekali memohon maaf diatas kesilapan umum mereka secara terbuka, jika terma perjuangan pemimpin parti berkenaan tidak berubah sepanjang masa dan tidak memohon maaf dengan kesilapan sengaja mereka eloknya tidak perlu bagi rakyat bumiputera bagi memberi kemenangan setiap calon mereka dalam pilihan raya khususnya warga Sabah katanya kesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan