Khamis, 11 April 2019

LANGKAH TUGAS OKK BARU
Oleh. Jopis Anak Lagau
Kota Kibabalu. Langkah kanan memulakan tugas Ketua Daerah (OKK) Kota Kinabalu Sumali @ Marino
Ahmad tidak kekok berhadapan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama khususnya golongan bukan beragama Islam memandangkan pengalaman beliau dalam kepimpinan masyarakat terdahulu, dalam kerajaan terdahulu juga bertahun beliau menjadi CDO Kerambunai  dengan pujian masyarakat Parlimen Sepanggar beliau bersikap rendah diri namun penuh ketegasan setiap kali menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa berkompromi dengan tugas tugas yang tidak bertanggongjawab ujar rakan rakan yang mengenali beliau dalam lawatan kru media dipejabatnya hari ini.
Terdahulu isu perlantikan Ketua Daerah (OKK)  menjadi bantahan dikalangan ahli ahli politik bukan beragama Islam dimana mereka mahu penjawat jawatan tersebut hendaklah bukan beragama Islam, sebaliknya kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd.  Shafie Apdal yakin Dusun Islam mampu memegang jawatan tersebut berdasarkan adat isgiadat keturunan kaum tersebut yang dahulunya bukan beragama Islam.
Sama sama lah kita mendokong misi Ketua Daerah yang baru agar tugasan dalam daerah Kota Kinabalu sentiasa berjalan lancar sepanjang perkhidmatan beliau bersama Ketua Ketua Anak Negeri dan Wakil Wakil Ketua Anak Negeri diseluruh kawasan Kota Kinabalu.

1 ulasan:

  1. Tidak jadi masalah besar OKK tersebut seorang Dusun Islam yang penting dia dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab beliau sebagai seorang Ketua Mahkamah Adat Anak Negeri dalam lingkup kuasa beliau sebagaimana diperuntukkan dalam Ordinan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Lagi pun jawatan OKK bukannya jawatan keturunan tiba masanya OKK bersara akan digantikan pula dgn orang lain.

    BalasPadam