Selasa, 30 April 2019

JOKOWI PUNYA PELAN BESAR
Oleh. Basron Kirwan
Kepulauan Borneo.  Indonesia bakal merancang memindakan ibu negaranya di PALANGKARAYA jika Jokowi menang dalam pemilihan presiden kali ini sebagai langkah memelihara keselamatan Jakarta yang sangat padat dengan penduduk masa kini, palangkaraya merupakan ibukota provinsi kalimantan tengah pulau Borneo lebih kurang 1,200 kilometer dari bandar Kuching Sarawak yang dibangunkan pada tahun 1957 dimana masa kini memiliki pelbagai kemudahan bangunan kedai jabatan kerajaan serta beberapa bangunan sekolah tinggi dan bangunan univerisiti tempatan.
Palangkaraya mempunyai keluasan lebih kurang 2,400 kilometer persegi dimana pada tahun 2001 hanya memiliki  dua kacamatan iaitu Pahandut dan Bukit Batu,  namun kepesatan pembangunan Negara Indonesia setiap tahun tidak dapat dinafikan dimana masa kini PALANGKARAYA memiliki lima kacamatan iaitu Pahandut,  Jekan Raya,  Bukit Batu, Sabayan dan Rakumpit yang tengah pesat membangun masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan