Rabu, 24 April 2019

Oleh. Basron Kirwan
PEMIMPIN BERSATU MENCARI SOKONGAN?
Tamparuli. Hasrat Parti Peribumi Bersatu Malaysia PPBM ke Tamparuli dan Kiulu mungkin memakan masa meyakinkan KDM serta Cina menyertai mereka, kes ini diramal oleh beberapa aktivis parti politik berikutan pelbagai suara penduduk setempat yang mahu pemimpin berwibawa disamping jujur menepati janji dengan memiliki kelebihan bagi memperjuangkan rakyat berbilang kaum khususnya kawasan luar bandar disamping tuntutan agenda MA 63.
Sejak beberapa minggu lalu beberapa ahli Bersatu sedang berusaha mencari ahli ahli baru bagi Dun Tamparuli dan cubaan bergerak ke kawasan Dun Kiulu namun dilaporkan masih terlalu hambar disamping warga anak negeri setempat mencari pemimpin serba boleh, gagasan jenama Bersatu sememangnya menarik perhatian warga Sabah sejak PH menjadi kerajaan Malaysia namun teraju kepimpinan penyelaras diperlukan oleh rakyat jelata berkemampuan disamping berprinsip jujur, setia,  berwawasan dan ada kelebihan dalam aspek kepimpinan.
Menurut sumber yang diperolehi media terkini mantan Ketua Bahagian Parti Perpaduan Rakyat Paranting Lipayan telah menyertai PPBM yang menjadi kepercayaan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor bagi meraih sokongan KDM dan Cina Tamparuli serta gerakan ke Dun Kiulu jika mendapat sokongan bersama para pemimpin Parti Perpafuan Rakyat Sabah yang kini dilaporkan hampir lumpuh bagi Dun Tamparuli.
Media Terkini gagal mendapat ulasan terperinci dari En.  Parantimg Lipayan namun diperlukan mendampingi masyarakat setempat secara berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan