Khamis, 18 April 2019

GAMBAR INI SEKADAR HIASAN
Oleh. Huzera Ben/Jopis Anak Lagau
HALATUJU POLITIK SABAH SAMAR
Sabah. Senario politik dalam negeri ini terlalu samar berbanding Sarawak jika dianalisa peringkat akar umbi yang banyak memberi undian terhadap calon Dun dan calon Parlimen yang senang berpindah randah parti politik bagaikan sebilangan kecil mereka umpama menukar baju baharu,  politik samar ini juga bukan sahaja berlaku terhadap calon yang bertanding dalam pilihan raya namun telah menular kepada rakyat jelata anak negeri Sabah bersilih ganti setiap tahun mengakibatkan parti politik sering bertukar ganti dipelusuk negeri ini sehingga mencecah berpuluh parti politik.
Menurut beberapa aktivis masyarakat yang ditemui, ada pemimpin parti politik diperingkat cawangan bagaikan berkuasa seperti wakil rakyat sudah tidak lagi mendengar suara cadangan semua lapisan masyarakat sekeliling mereka, namun bila tersepit dengan tekanan para penyokong parti yang dipimpin nya baru terasa tebal muka malah ada yang panas baran melenting ditegur rakyat jelata terutama mereka yang ada dua tiga biji kereta diluar rumah sampai angkuh melihat orang miskin.
Situasi pada tahun 2019 ini bagi orang kampung yang berpendapatan rendah sama sahaja apabila ada yang minta jaeatan Ketua Kampung dan Pengurusi MPKK terus menekan orang miskin dalam kampung yang berurusan dipekan terdekat dengan sewa keretanya tinggi tanpa tanggongjawab membantu rakyatnya,  jika ini lah amalan segelintir pemimpin gerakan Ketua Kampung dan Pengurusi MPKK dibeberapa kampung dalam Sabah rakyat golongan berpendapatan rendah pasti terus menolak kepimpinan Adun atau Ahli Parlimen mereka yang tidak menasihati pemimpin bawahan mereka yang gagal berubah tegas warga miskin yang ditemui hari ini.
Berkhidmat lah penuh prihatin tanpa pentingkan diri sendiri bagi membantu rakyat yang tidak memiliki kenderaan sendiri setiap masa apa tak lagi penjawat Ketua Kampung dan Pengurusi MPKK yang baru dilantik termasuk lah penjawat ketua ketua parti politik di mukim mukim tertentu ujar warga kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan