Rabu, 17 April 2019

 JAWATAN JERI PAYA RAKYAT JELATA
Oleh. Williem Anak Lagau
Kota Kinabalu. Setiap penjawat Ketua Kampung, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Ketua Anak Negeri bagi kawasan Sepanggar khususnya Dun Kerambunai dan Dun Inanam menumpukan perhatian khidmat mereka terhadap seluruh rakyat dalam tanggongjawab mereka masing masing tanpa mengira kefahaman politik agar kepimpinan kerajaan masa kini sentiasa diterima baik oleh rakyat jelata, rakyat jelata masa kini bakal mengukur kepimpinan penjawat yang dilantik oleh kerajaan masa kini PH bersama Warisan sejauh mana keterbukaan kita menjalankan tugas yang diamanahkan terutama melibatkan hal ehwal adat istiadat anak negeri Sabah agar tidak berlaku peminggiran etnik mahupun kefahaman politik walaupun ada rakyat kita masih dipengaruhi parti pembangkang namun kita tidak boleh pinggirkan mereka dalam skop tugas yang diamanahkan kepada kita yang memegang jawatan tersebut.
Semua penjawat jawatan tersebut dikalangan muka baru hendaklah rajin belajar berkaitan tugas tugas yang diamanahkan walaupun kita kena merujuk penjawat jawatan tersebut yang lama diserap kawasan kita tanpa merasa malu mahupun merujuk Ke Ibu Pejabat Mahkamah Anak Negeri Kota Kibabalu, selain dari itu jangan sesekali menjalankan tugas diluar bidang tugas yang dipertanggongjawabkan demi memelihara nama baik jawatan serta maruah kerajaan nasa kini yang meletak harapan pada kita semua agar rakyat jelata terus bermaufakat bersama sama dengan kerajaan baru kita setiap masa kearah pembangunan dan ekonomi negara kita bersama.
Ketua Daerah Kota Kinabalu OKK. Sumali @ Marino Ahmad berkata demikian dalam penerangan Suai Kenal diantara Ketua Daerah bersama Ketua Ketua Kampung, Wakil Wakil Ketua Anak Negeri serta Ketua Ketua Anak Negeri mewakili Dun Inanam dan Dun Kerambunai di Pejabat Mahkamah Anak Negeri Menggatal hari ini 17 April 2019, kebanyakan penjawat jawatan tersebut adalah muka muka baru walaupun terdapat beberapa orang sahaja penjawat lama dikekalkan dan ada orang lama yang dinaik pangkat terutama ahli ahli Parti UPKO di Dun Inanam namun kaedah kerjasama mampu memperbaiki mutu perkhidmatan  dari masa kesemasa ujar beliau.
OKK Sumali @ Marino Ahmad optimis jika khidmat terhadap rakyat jelata tidak meminggirkan penyokong parti pembangkang pasti rakyat jelata terlibat akan turut bersama kita memelihara kerajaan baharu PH dan Warisan di Sabah dalam jangka panjang, semua penjawat yang dilantik oleh kerajaan negeri Sabah bagi kawasan Dun Inanam dan Dun Kerambunai merupakan perintis memelihara perpaduan rakyat dalam kawasan masing masing tanpa ego dengan jawatan yang diberi sebab semua jawatan yang kita perolehi adalah sokongan rakyat yang memberi mandat kerajaan baharu jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan