Ahad, 21 April 2019

HATI HATI RAWATAN PERSENDIRIAN
Oleh. Jopis Anak Lagau
Kudat.  Gerak pengamal rawatan tradisional ditamu tamu mingguan seluruh daerah dalam Sabah perlu diawasi bagi memgelak unsur unsur cari duit sahaja tanpa kemahiran sebenar,  malah ada yang mendakwa pakar perubatan tradisional namun semua pesakit yang mendapat rawatan mereka sia sia buang duit akhirnya ke Hospital Kerajaan juga langkah akhir mendapat khidmat rawatan.
Ini diakui George Birnabat anak jati Sonsogon Pitas dalam pertemuan Media Terkini dekat sini sebagai mengulas pertumbuhan pengamal kaedah rawatan tradisional yang tumbuh bagai cendawan pada masa kini,  malah ada dikalangan pengamal kaedah perubatan tradisional ini yang takut dipetik gambar apa tak lagi jika dimaklumkan mahu dikemukakan siaran akbar pasti mereka bakal mengelak dengan pelbagai alasan tidak masuk akal.
Sementara golongan yang jujur dan bertanggungjawab dalam rawatan perubatan tradisional pula kebanyakan mereka ini dengan iltizam sendiri memuatkan Iklan Rasmi dalam akbar tempatan mahupun diperingkat nasional, terbaru yang bertanggongjawab di Sabah ialah Kaedah Rawatan Urutan Tradisional dan Bekam Warisan Borneo dimiliki oleh Nicholas A. Batu tidak nampak ketakutan memaparkan dalam Media Terkimi menjadi rujukan kami di Kudat tegas beliau.
George Birnabat yakin seluruh warga Sabah boleh menilai orang yang berilmu dalam kaedah perubatan tradisional bukan nya semua jenis jualan itu boleh mengubati penyakit dimana batu hiasan pun kini dilapor ubat mujrab, yang anehnya pada masa kini semua penjual herba termasuk lah batu cincin penawar, batu gunung penawar dan banyak lagi jenis herba penawar dibiarkan oleh pihak berkuasa berjualan bebas bergerak sekitar mana mana juga tamu mingguan dinegeri Sabah ujar beliau.
Sesungguh nya yang baik jadikan penawar manakala sebarang keraguan yang timbul dikalangan penjual jadikan sempadan menjauhi golongan terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan