Rabu, 17 April 2019

PAS TIDAK TANDING PARLIMEN SANDAKAN
Oleh. Norafzah Dolah

Kuala Lumpur. Parti Pas tidak akan bertanding bagi kerusi Parlimen Sandakan bagi pilihan raya kecil pada 11 Mei 2019 akan datang, ini memberi ruang parti parti pembangkang tempatan berhadapan dengan calon parti memerintah Pakatan Harapan Kerjasama dengan Parti Warisan dimana ramalan semasa Parti DAP bakal meletak calon bagi mempertahankan kerusi dominan mereka bagi kawasan tersebut.
Menurut sumber maklumat masyarakat Sandakan parti memerintah memiliki parti bersama DAP, UPKO, PKR,  BERSATU dan warisan manakala parti pembangkang memiliki PBS, STAR, SAPP, UMNO SABAH, PBRS, PERPADUAN, PAN, PCS, MCA, MIC dan PAS, jika berlaku pertembungan satu lawan satu isu yang panas masa kini afalah tuntutan Sabah dan Sarawak mengembalikan status negara bersekutu dalam pembentukan Malaysia 1963 yang tidak dapat dikembalikan status negara bersekutu bersama Malaysia dibawah naungan Majlis Raja Raja Melayu tegas warga Sandakan.
Sehingga kini rakyat Sabah dan Sarawak yang ditemui mengaku kekal setia dengan perlembagaan menerusi instiusi Raja Raja Melayu, namun adalah menjadi harapan segala yang dituntut oleh kerajaan Pembangkang Sarawak dan para pemimpin parti pembangkang Sabah akan diluluskan tanpa ada yang diubah pada suatu mada nanti ujar mereka.
Setiausaha Agong Parti PAS Dago' Takiyuddin Hassan (gambar)  optimis tidak meletak calon PRK Sandakan dimana akan membantu jentera siapa juga calon dikawasan tersebut demi kemenangan antara Pembangkang ataau atau parti pemerintah Malaysia dan Sabah amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan