Sabtu, 27 April 2019

Oleh. Hujera Ben
APA JADI MASA KINI?
Kemelut melanda negara negara Islam yang tidak disedari masyarakat Islam itu sendiri sanggup ditawarkan dengan pelbagai  perundangan terbaik dunia namun negara wilayah Islam terus dihimpit pencerobohan oleh kuasa besar, sebagai contoh STATUT ROM yang tidak terima pakai selama negara Malaysia mencapai kemerdekaan mengapa kini cuba dihidupkan semula oleh generasi cendikiawan muda mudi tanpa merujuk perundangan Majlis Raja Raja terlebih dahulu bagai selama 60 tahun negara tidak menggunakan Statut Rom rakyat sejagat merasa susah dalam kehidupan.
Bagi kes kes yang melibatkan negara kuasa kuasa besar ramai tokoh dalam Malaysia terus menolak Statut Rom memandangkan penindasan negara negara Islam sampai tanah mereka dirampas namun kuasa Statut Rom tidak nampak mampu menghalang rampasan tanah Plasten dan Bukit Gulan Syria jelas menunjuk pada umat Islam ada kuasa tangan ghaib baling batu sembunyi tangan, sebagai rakyat Malaysia khususnya Sarawak Sabah amat jelas Majlis Raja Raja mampu melindungi negara tanpa STATUT ROM malah bagi Sarawak dan Sabah Mahkamah Anak Negeri lebih berupaya melindungi bumi Sarawak dan Sabah berbanding tunduk dengan cubaan Melaksanakan Statut Rom dalam Malaysia walaupun jelas tidak mampu mengawal negara negara Islam ditindas malah tanah mereka juga dirampas dan jika mempertahan juga depan mata ditangkap atau dibunuh.
Tokoh tokoh veteran dalam Malaysia yang ditemui mengajak rakyat melihat negara Islam depan mata kita semua ditawan kuasa Yahudi Israel merobohkan rumah rumah orang Islam kemana fungsi pengamal Statut Rom yang cuba dicanang dalam Malaysia tanpa merujuk Majlis Raja Raja terlebih dahulu, dalam konteks ini rakyat Sarawak dan Sabah boleh menunjuk kuasa hati mereka betapa tidak ingin dicabuli kuasa Mahkamah Anak Negeri dengan pengaruh Statut Rom oleh kuasa tangan ghaib dengan menentukan kuasa politik bersih disetiap kawasan DUN mahupun PARLIMEN tanpa dipengaruhi sesiapa apa tak lagi TANGAN GHAIB yang sentiasa memerhatikan setiap gerak langkah generasi kita tersilap amnya tersandung agar terus jatuh tersungkur untuk tangan ghaib kuasai kita semua dimasa akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan