Selasa, 23 April 2019

PARLIMEN SANDAKAN AWAS TABUR JANJI
Oleh. Hujera Ben
Sandakan. Dalam pilihan raya kecil parlimen Sandakan pada 11 Mei 2019 rakyat anak negeri bumiputera setempat perlu mengkaji politiking janji manis dikalangan para pemimpin parti politik setiap kali pilihan raya, siapapun pemerintah atau pembangkang hindari janji manis politik memandangkan lepas pilihan raya kelak kebanyakan janji tinggal janji dan sebilangan kecil sahaja mampu ditunaikan dengan selebihnya dibuat cara berperingkat serupa juga semua kerajaan terdahulu asalkan golongan berkenaan mampu menang pilihan raya.
Pilihan raya kecil Parlimen Sandakan juga dilaporkan PBS dan DAP sahaja bakal bertanding manakala STAR, UMNO, MCA, MIC, SAPP dan beberapa parti tempatan bakal membantu seperti PAS dalam berkempen sepanjang tempoh sehingga 11 April 2019 ujar penduduk setempat.
Media dimaklumkan DAP akan dibantu oleh PKR, BERSATU, AMANAH dan WARISAN manakala PBS akan dibantu,  PAS, UMNO, STAR, MCA, MIC, SAPP,  dan beberapa parti tempatan Sabah dengan beberapa NGO sabahan sepanjang masa berkempen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan