Isnin, 29 April 2019

JUAL UBAT TRADISIONAL KAYU DAN RUMPUT ANGKUH
Sabah. Sesiapa juga masyarakat melihat telatah penjual ubat herba tumbuh tumbuhan dinegeri ini pasti terkedu ketawa berikutan cara mereka bercakap "SEMUA PENYAKIT MAMPU SDMBUH HERBA MEREKA", namun melihat kepada susuk tubuh penjual sekalipun seribu persoalan tanpa tanda tanda kesihatan terjaga malah ada yang sakit sendiri tapi masih menjual ubat herba tradisional membuatkan orang ramai muak dengan gelagat mereka.
Tidak kurang juga penjual ubat herba tradisional bijak berlakon mempergunakan isteri dan anak anak sebagai pelanggan awal bagi memancing pembeli sebenar menyebabkan ramai yang terperangkap teknik mereka, selepas berjualan baru lah pecah tembelang mereka masa menyusun herba jualan disamping makan minum sebaik selesai berjualan pasti berketawaan menceritakan jumlah pembeli terperangkap membeli herba mereka sebaik anak isteri memulakan belian produk terlibat.
Ini didedahkan pakar ilmu herba yang menyimpan khazanah ilmu kemahiran tanpa diniagakan Athur Majurus Tinombilod dari Pensiangan bagi mendedahkan penjual tidak bertanggongjawab mengaut wang ringgit orang ramai tanpa disedari tegasnya. Oleh. Jopis Anak Lagau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan