Selasa, 16 April 2019

 Oleh. Noafzah Dolah
OKK AKTIF TURUN PADANG
Kota Kinabalu. Keupayaan Ketua Daerah dalam melaksanakan tugas dalam suai kenal dengan masyarakat sekitar tanggongjawabnya merupakan contoh teladan yang baik bagi memelihara perpaduan setiap kakitangan kerajaan mahupun orang ramai disekitar daerah Kota Kinabalu, malah dalam baru beberapa hari sahaja memulakan tugas sebagai Ketua Daerah sudah menerima undangan bagi merasmikan Kejohanan Temasya Padang Dan Belapan Kali Ke 46 Sek Keb.  Likas 2019 dekat sini hari ini  dengan penuh meriah.
Antara kata jawatankuasa penganjur majlis program tersebut semasa menyambut kehadiran Ketua Daerah Kota Kinabalu OKK. Sumali @ Marino Ahmad yang dijemput Merasmikan program Sekolah tersebut dengan pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang hari ini.
sementara itu OKK Sumali @ Marino Ahmad memuji usaha Sekolah Keb. Likas yang bermaufakat bagi menganjur kejohanan tersebut demi memberi semangat terhadap pelajar bagi memantapkan diri dalam arena sukan disamping mencungkil atlet atlet sukan berpotensi didaerah Kota Kinabalu bagi mewakili keperingkat negeri pada masa akan datang.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil PPD En. Masdi,  Mohd. Jaimie Haji Mosleim Guru Besar SK.  Likas, Pn. Rahima Hijdi Penoling Kanan Kokurikulum, Datin Rajni Zulkifly Penolong Kanan Kurikulum Dan Pentadbiran,  Pn. D. Timah D. Eting Pen. Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Abdah Haji Abd. Ghani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan