Jumaat, 26 April 2019

 PRK SANDAKAN LIMA PENJURU
Oleh. Norzaitie Kirwan
Sandakan. Keputusan pertandingan pilihan raya kecil Parlimen Sandakan menyaksikan pertembungan 3 calon Bebas Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samad mewakili pengundi Bumiputera Islam manakala Chia Siew Yong mewakili pengundi Cina melengkapi pembaharuan jika mendapat sokongan undi terbanyak, bagi DAP mempertaruhkan Vivian Wong Shir Yee bagi bertarung dengan Datin Linda Tsen Thau Lin mantan MP batu sapi dua penggal disamping 3 calon Bebas berentap bagi merebut Parlimen Sandakan pada 11 Mei 2019 akan datang.
Penyertaan 3 calon Bebas membuktikan ramai berhasrat mahu menjadi wakil rakyaat mewakili kawasan parlimen Sandakan selain mengharap bakal diundi masa pilihan raya kelak dimana pengundi berdaftar 40,131 masa kini.
Pelbagai isu isu akan
disuarakan rakyat sepanjang kempen pilihan raya tersebut dan terpulang lah kepada semua calon bagi memberi  jawapan  yang boleh meyakinkan rakyat jelata diparlimen Sandakan, rakyat berdaftar sebagai pengundi kebanyakan mahu bersuara kepada calon serta para pemimpin yang berkempen secara umum dan tidak lagi mahu berdiam sekadar mendengar janji janji pembangunan dan ekonomi yang dilaung laungkan berbilion ringgit sedangkan bantuan rakyat 1malaysia yang diilhamkan oleh BN dahulu banyak tidak dapat masa kini ujar mereka.

SENARAI GAMBAR CALON PARLIMEN SANDAKAN 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan