Rabu, 3 Ogos 2022


 KEGEMILANGAN POLITIK BOLEH KEMBALI 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Keningau. Warga parlimen Keningau boleh mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional Umno jika tekad sebulat suara mereka bersatu mengembalikan parti keramat mereka memimpin seluruh Parlimen Keningau.

Isu pertumbuhan parti politik umpama cendawan masa kini tidak nampak memberi keuntungan kepada rakyat jelata melainkan golongan pemimpin yang menjadi calon pilihan raya menang duduk wakil rakyat 5 tahun dan berpencen bulanan.

Antara luahan aktivis masyarakat veteran parlimen Keningau dalam tinjauan kru Media Terkini dekat sini bagi merungkai perkembangan politik tempatan masa kini berikutan kewujudan GRS yang diterajui PPBM yang berusaha menghimpunkan parti parti tempatan  Sabah sebagai gabungan bersama mereka. 

Barisan Nasional UMNO merupakan rumah besar yang masih menampung kehidupan semua warga diseluruh parlimen Keningau memandangkan semua pemimpin yang menentang Umno BN mass kini juga dari dulu adalah sahabat Umno BN dahulu lagi. 

Kebanyakan aktivis masyarakat didaerah Keningau yakin hanya seluruh rakyat Keningau sahaja mampu menentukan masa hadapan arah politik mereka sama ada BN UMNO atau PPBM dalam GRS, mahupun Pakatan Harapan serta Warisan Sabah yang menjadi pemimpin parlimen Keningau selepas PRU ke 15 akan datang. 

Apapun pengundi parlimen Keningau mampu menentukan halatuju siapa yang mereka pilih menjadi wakil parlimen mereka selepas pru kali ke 15 akan datang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media  Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan