Isnin, 1 Ogos 2022

DALANG TERUS MAINKAN API 

Oleh. Basron Kirwan 

Borneo. Belumpun selesai rampasan anak syarikat minyak petronas kini menyusul  dalang menggerak menuntut pewaris sultan sulu ke British menurut laporan akbar tempatan Sabahan hari ini.

Ini disuarakan oleh penduduk Sabah yang bimbang ada dalang mainkan api memanaskan tuntutan terhadap Sabah ke British masa kini setelah lebih 59 tahun berlalu tentunya bukan senang mencari bahan sejarah dinegara British jelas mereka.

Isu tuntutan Pewaris Sultan Sulu keatas Sabah dengan pelbagai cara amat membimbangkan orang asli Sabah dimana tidak ada tanda tanda Sulu berkuasa melainkan dikabarkan mereka pernah berkuasa dahulu, namun sejak 1950 dahulu wargatua orang asal Sabah tidak ada yang menjelaskan terperinci adakah benar kesultanan Sulu menjaga orang asal Sabah jelas terlalu kabur memandangkan tidak langsung ada yang melihatnya ujar mereka. 

Kebanyakan sejarah yang dialami orang Sabah ialah penjajahan orang putih, penjajahan Jepun dan semula orang putih namun tidak nampak Sultan Sulu di Sabah sepanjang tahun 1900 ungkap orang asal Sabah pada kru Media Terkini.

Kru Media Terkini yang cuba menghubungi pemimpin kerajaan negeri Sabah serta pemimpin parti politik Sabah dalam isu Batu Api memanaskan isu tuntutan pewaris kesultanan Sulu terhadap Sabah gagal mendapat jawapan malah ada diantara mereka enggan menjawab watsap dan panggilan telipon berulangkali hari ini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan