Oleh. Basron Kirwan
Dun Inanam. Mampukah semula PBS menawan hati para pengundi dalam kerusi Dun Inanam dalam masa terdekat ?, persoalan ini disuarakan oleh para pengundi atas pagar serta golongan etnik tionghua dalam kerusi tersebut selepas 3 kali calon PBS tewas bagi PRN Sabah secara berturut turut.
Kerusi Dun Inanam merupakan agihan tetap kepada PBS semasa era kegemilangan Barisan Nasional dahulu namun sudah tiga kali pilihan raya Calon PBS kecundang dikawasan tersebut tewas kepada Parti Keadilan Rakyat entah apa sebab pengundi setempat menolak terus semua calon dari Parti Bersatu Sabah jelas penyokong setia Barisan Nasional.
Penyokong BN Dun Inanam berpandangan sebaik sahaja PBS menyokong GRS yang diterajui Parti Peribumi Bersatu Malaysia, BN perlu turun padang bagi meninjau naluri rakyat pengundi kawasan setempat agar kerusi tersebut mampu ditawan dalam pilihan raya negeri akan datang.
Sehingga hari ini usaha menghubungi kepimpinan PBS Bahagian Dun Inanam gagal bagi memperincikan jentera mereka dalam menemui seluruh pengungi dikawasan tersebut dan langsung gagal dihubungi.
Barisan Nasional Dun Inanam kena mencari langkah seterusnya bagaimana mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan mereka (BN) agar kerusi tersebut akan kembali semula dalam perjuangan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri akan datang.
Barisan Naional di Sabah kini dianggotai oleh parti parti seperti UMNO, MCA, MIC dan PBRS namun hanya UMNO sahaja yang senang dihubungi sampai masa kini dinegeri Sabah.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan