Isnin, 1 Ogos 2022

ANAK SABAH SELESA DI AUSTRALIA 

Oleh. Huzera Ben 

Melbourne. Pendapatan lumayan menyebabkan beberapa anak Sabah selesa berkerja kebun di negara ini  walaupun berjauhan dengan keluarga namun pendapatan bulanan jauh lebih besar dari bumi sendiri.

Menurut beberapa anak muda yang ditemui, keselesaan berkerja disini dengan pendapatan yang lumayan membuatkan anak Sabah bertahan sudah lebih 4 tahun diperantauan berpisah sementara dengan keluarga kandung ujar mereka.

Kebanyakan yang ditemui dekat sini berasal dari Tuaran, Ranau, Kota Belud dan Kudat merantau bekerja disamping menimba ilmu pengetahuan dalam aspek pertanian luar negara secara lebih terperinci ujar mereka.

Kebanyakan dari mereka yang ditemui gembira dapat berjumpa wakil akbar dari Malaysia apa tak lagi pemiliknya anak jati Sabahan mampu bergabung dengan warga berkulit putih di luar negara syabas dan moga dapat menemui pemilik Media Terkini sekembalinya ke Sabah ujar mereka.

Apapun semoga anak anak Sabah diperantauan Australia sentiasa dilindungi Tuhan maha berkuasa sehingga mereka selamat kembali kebumi Sabah semula. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan