Sabtu, 6 Ogos 2022

AJARAN SESAT JENAMA AGAMA BASMI BERSAMA 

Oleh. Basron Kirwan 

Malaysia. Isu ajaran sesat menggunakan sesuatu jenama agama bukan hanya terletak pada pihak kerajaan membasmikan nya malah semua lapisan masyarakat perlu terlibat sama menghentikan nya.

Bayangkan lah pelbagai ajaran sesat yang memasuki negara ini seperti  dilaporkan HADI MINALLAH dan banya lagi berselindung dengan kain JUBAH PUTIH 


 namun masih juga mendapat sokongan ratusan orang setiap masyarakat kawasan yang dikunjungi pengamal ajaran terlibat. 

Ajaran sesat juga bukan hanya terletak dibahu pihak berkuasa kerajaan sahaja mendepani mereka namun jika tidak ada sokongan orang ramai didalam negara ianya tidak mampu bertahan lama memperdaya disetiap negara tegas penduduk tempatan.

Setiap kali muncul ajaran sesat disetiap kawasan dalam negara ini sebilangan masyarakat sekeliling kerap memberi sokongan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa agama setempat terlebih dahulu bagi memastikan amalan mereka sah didalam hukum agama dinegara ini. 

Masaalah ajaran sesat muda dibasmikan jika semua orang saling berkerjasama memantau setiap kumpulan yang mendakwa diri mereka penyebar dakwah keagamaan, ini dijelaskan oleh golongan pakar agama veteran yang ditemui bagi mengulas kegiatan ajaran sesat yang semakin menjadi jadi diseluruh negara sejak kebelakangan ini tegas mereka. 

Apapun semua lapisan masyarakat perlu sama sama memantau disetiap kawasan mereka jika didatangi kumpulan yang mendakwa penyebar dakwah agama agar melapor pada pihak berkuasa agama mahupun pihak polis terlebih dahulu.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan