Oleh. Norzaitie Kirwan
BUGGER SERUPA TAPI TAK SAMA
Kuala Lumpur. Isu bugger yang dipapar akbar tempatan berharga RM1.00 sebiji di Pulau Pinang sangat menarik namun tidak didedahkan pula jenis sebenar resepi sisipan bugger berkenaan.
Mungkin harga bugger berbeza beza mengikut resepi sisipan namun jika sekadar timun dan sambal ikan bilis resepi sisipan dengan harga RM1.00 sebiji ianya dianggap sangat murah masa kini.
Jika ada lagi menjual bugger seumpama diselit resepi daging ianya mencapai harga tinggi tanpa persamaan harga dikalangan peniaga.
Kru Media Terkini membongkar Trend penjual Bugger diseluruh Malaysia berdasarkan laporan orang ramai yang dihubungi sepanjang minggu ini.
Sarawak dilaporkan jika bugger campur hirisan timun sambal bilis harga antara RM1.50 hingga RM2.00 sebiji masih murah lagi RM1.00 sebiji ujar masyarakat yang ditemui.
Bagi negeri Sabah pula melaporkan harga berbeza beza mengikut saiz dan bentuk resepi didalam bugger yang dipasarkan namun bermula RM1.50 sebiji hingga RM4.50 sebiji jelas warga Sabah yang ditemui.
Terdapat juga warga desa yang membuat bugger sendiri saiz kecil dengan harga RM2.00 dalam 5 biji serta RM2.00 dalam 3 biji harga ini diperingkat penjual jauh terpencil diperkampungan luar bandar.
Apapun urusniaga yang dipasarkan menerusi bugger terpulang pada pembeli bagi memilih jika harga terlalu tinggi tinggalkan sahaja demi mengelak orang yang suka ambil kesempatan dengan mengaut keuntungan pada kesusahan orang lain.
Sehingga hari ini belum ada sesuatu garis panduan bagi penetapan harga bugger yang dijual dari pihak kerajaan menyebabkan setiap peniaga sesuka hati meletak harga bugger mereka tanpa berfikir kesusahan dan kerugian orang lain.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan