Selasa, 20 Julai 2021

oleh. Helary Sukiono 

AIDILADHA PEMANGKIN UKUHWA 

Kalimantan. Sambutan Aidiladha tahun ini sunyi sepi akibat pandemik Covid 19 (Corona bahasa tempatan) disamping ekonomi tidak menentu masa kini.

Warga setempat juga merasa bimbang dengan penularan tersebut khususnya varian Delta yang sukar dikesan pada peringkat awal melainkan sudah teruk baru terkesan  oleh kedoktoran yang merawat golongan pesakit dimana juga berada.

Menurut seorang wargatua tempatan yang mahu dikenali Yahya Toirimo  keperitan hidup susah menyambut Aidiladha tidak terasa  sangat namun gagal meminta maaf  akibat derhaka pada ibu bapa kandung serta keluarga kandung yang lain semasa hayat masih hidup merupakan satu tangisan sepanjang hayat dalam generasi mereka yang melakukan perkara seumpama katanya.

Sepanjang Aidiladha ini sesiapa yang mengalami kederhakaan muhasabah diri dan memohon maaf lah dengan golongan yang diderhakai atau dimusuhi penuh ikhlas apa tak lagi golongan beragama Islam demi memohon keampunan dari manusia agar Allah memaafkan dosa yang dilakukan selagi bernafas dimuka bumi ini tegas beliau.

Kru Media Terkini dimaklumkan sememangnya masyarakat di semua negara negara berjiran seperti Indonesia, Singapore, Brunei dan Malaysia pasti mengetahui KEDERHAKAAN dan pastinya Dosa Besar Dan Tulah sepanjang hayat generasi mereka jika tidak sempat meminta maaf jelas Yahya Toirimo.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus Penyiaran dan Pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan