Oleh. Koijul Hairul
Sabah. Pelik tapi benar terdapat ahli politik tidak suka turun padang melawat jika rakyat menganjurkan kerja bergotong royong membersih jalan raya atau perkampungan diluar bandar.
Selain dari itu ada juga golongan badan badan NGO yang diundang orang kampung bagi menyertai majlis seumpama namun bilangan yang menampilkan diri terlalu kurang malah boleh dihitung dengan jejari manusia.
Antara pendedahan Gilbert Muakodou dalam temubual media Terkini sebagai mengulas perilaku ahli politik yang sering dihubungi warga kampung semasa mengadakan program bergotong-royong namun jarang sekali yang sampai ujar nya.
Selain dari itu ada juga ahli badan NGO yang kerap ditemui rakyat bagi menjemput melawat kampung terpencil namun pelbagai alasan diberi sehingga warga kampung bersendirian melaksanakan programg bagi meringankan warga desa dikawasan terpencil.
Antara luahan penduduk luar bandar yang mereka alami dalam situasi mengharapkan kehadiran ahli ahli politik setiap kali sebarang program kemasyarakatan mereka anjurkan namun ianya jarang sekali tertunai dihadiri oleh ahli politik dibeberapa kawasan tertentu tegas mereka.
Sehubungan dengan pendedahan ini masyarakat luar bandar meminta ahli ahli politik perlu meluangkan masa mereka melawat apa juga program masyarakat luar bandar khususnya bergotong-royong agar terbina hubungan orang kampung dengan orang politik setiap masa jelas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan politik dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan