Isnin, 12 Julai 2021

DUSUN BANYAK BAHASA 

Oleh. Gason Dumiri

Sabah. Langkah memperkenalkan bahasa Dusun sebagai pembelajaran dikalangan generasi muda mudi masa kini adalah usaha yang terlalu baik, namun semua pencinta bahasa Dusun yang berhasrat mahu mendidik generasi muda mudi mereka dengan bahasa tersebut wajar melengkapi pengetahuan pelbagai bahasa etnik tersebut.

Bagai warga Sabah terlalu banyak bahasa Dusun yang perlu dipelajari seperti, Liwan, Bundu, Tatana, Lotud, Tagahas, Tangara, Tindal serta beberapa lagi bahasa terpilih untuk dipelajari semua.

Ramai yang tahu salah satu bahasa asli Dusun negeri ini namun bahasa Dusun memang terlalu banyak loghat bahasa yang perlu dipelajari mengikut etnik dan daerah yang diduduki jika hendak merungkai bahasa sebenar kaum Dusun Sabah.

Setiap loghat bahasa Dusun mempunyai keunikan tersendiri namun bukan senang mempelajari nya tanpa mendekati golongan wargatua setiap etnik majoriti yang ada diseluruh negeri Sabah. 

Ilham mendidik muda mudi kaum Dusun dengan bahasa ibunda mereka merupakan tersangat baik malah perlu sokongan semua pihak bagi memperkenalkan bahasa semua etnik kecil kaum Dusun dalam negeri Sabah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan