ASI SERIBU SEJARAH
Oleh. Williem Anak Lagau
Kota Kinabalu.Usaha bagi menjayakan program VAKSINASI kepada seluruh lapisan masyarakat khususnya kawasan luar bandar perlu diperbaiki dalam beberapa kesilapan termasuk penjarakan sosial serta kelalaian gagal membuat pemeriksaan tekanan darah para peserta vaksinasi dsebelum di VAKSIN serta selepas di VAKSIN dos pertama di Dewan Sekolah Kg. Talungan pada 23 Julai 2021.
Program tersebut dilaporkan bermula jam 9.00 pagi hingga lewat jam 9.00 malam melibatkan beberapa buah perkampungan sekitar anjuran bersama Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu serta Pejabat UPPM Inanam bagi memudahkan warga kampung menerima VAKSIN yang dijalankan oleh kerajaan.
Kebanyakan peserta VAKSINASI memberi teguran supaya program seumpama diperbetulkan segala kelalaian yang mungkin tidak disengajakan agar tidak memudaratkan peserta VAKSINASI dari masa ke semasa ujar para peserta program tersebut. Sungguhpun terdapat beberapa kelemahan sepanjang program tersebut namun para peserta VAKSINASI bersyukur memandangkan ianya berjaya dilaksanakan sehingga semua peserta divaksinkan ujar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan