Oleh. Helary Sukiono
Jakarta. Sejak Corona melanda dunia penghujung 2019 ia telah membunuh lebih 75,000 nyawa seluruh negara sehingga hari ini manakala jangkitan telah meningkat lebih 2,911,733 orang .
Dikalangan petugas kesihatan yang terkorban sehingga ke hari ini melebihi 1,000 orang manakala kumpulan doktor pula lebih 500 orang sudah terkorban sehingga ke hari ini.
Kerajaan negara ini terus berusaha menyampaikan vaksin seluruh rakyatnya disamping mengharap agar seluruh warga Indonesia mematuhi SOP penjarakan diri 4 kaki jarak antara satu sama lain dikhalayak ramai serta sentiasa menutup mulut dan hidung dengan pelitup muka (Mask) sentiasa sebaik keluar rumah apa tak lagi dikhalayak ramai demi memutuskan rantaian Corona masa kini.
Masyarakat seluruh negara ini juga perlu berkerjasama dengan pemerintah agar Corona cepat hilang dibumi ini dengan mendaftar vaksin secepat mungkin disamping mematuhi SOP yang pemerintah tetapkan dari masa ke semasa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan