Oleh. Basron
Kuala Lumpur. Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini, beliau juga masih mengekalkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan akan membantu mengurus pentabdiran negara khususnya dalam mendepani keperluan rakyat semasa dalam negara menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi masa kini.
Bagi Ahli Parlimen Semberong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dilantik Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai kluster keselamatan menggantikan tugas Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini kearah membantu tugas tugas Perdana Menteri demi urus tabdir kearah yang mantap dan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat serta peningkatan ekonomi negara yang mapan dan maju.
Menurut pejabat Perdana Menteri hari ini, perlantikan kedua dua Ahli Parlimen dari UMNO hari ini telahpun dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Kedua dua pemimpin Umno berkenaan mampu mengimbangi kepimpinan negara masa kini dalam mendepani krisis serangan pandemik covid 19 disamping cabaran memperkasa pertumbuhan ekonomi negara jangkamasa panjang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan