Rabu, 7 Julai 2021

Oleh. Huzera Ben 

COVID TIADA 


 PENGHUJUNG ? 

Mesir. Serangan virus covid 19 bagai tiada penghujung masa kini sudah mencapai kematian lebih 3.99 juta orang manakala jangkitan lebih 184.56 juta orang sejak tahun 2019 sehingga hari ini.

Amerika Syarikat merekodkan kematian covid 19 masa kini 621,293 orang sementara kes jangkitan melebihi 34.59 juta orang.

Di India kes kematian serangan covid 19 lebih 402,000 orang manakala jangkitan melebihi 30.58 juta orang hampir dua tahun lepas.

Bagi kes kematian di Brazil  serangan covid 19 melebihi 524,475 orang semantara jangkitan lebih 18.76 juta orang.

Perancis juga terus diserang covid 19 dengan angka kematian lebih 111,161 orang berserta jangkitan juga melebihi 5.7 juta orang.

Rusia juga tidak diduga serangan covid 19 mampu membunuh lebih 137,925 orang dan jangkitan melebihi 5.61 juta orang.

Turki juga merekodkan kematiaan serangan covid 19 lebih 49,000 orang sementara kes jangkitan penyakit melebihi 5.44 juta orang.

Dinegara Indonesia juga mencatatkan kematian serangan covid 19 lebih 60,582 orang manakala jangkitan lebih 2,284,084 orang sejak tahun 2019 lagi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan