Oleh. JASLY Dollah
Sabah. Langkah kerajaan bergerak keluar bandar bagi mengadakan suntikan vaksin terhadap rakyat jelata warga desa perlu kawalan ketat disamping dipantau penuh pihak kementerian tertinggi agar rakyat tidak diabaikan dalam sebarang pemeriksaan tekanan darah serta tidak melanggar SOP penjarakan diri dipusat suntikan.
Teguran ini dibuat beberapa aktivis masyarakat yang menyaksikan pengagihan suntikan Vaksin Dos Pertama di Dewan
Talungan Telipok pada 23 Julai 2021 dimana para peserta Vaksinasi tidak diberi pemeriksaan darah tinggi sebelum divaksin serta selepas di Vaksin sama ada warga emas mahupun lingkungan usia 60 tahun kebawah menyebabkan ramai pemerhati sistem penganjuran yang kurang menitikberatkan keselamatan nyawa rakyat luar bandar tegas mereka.
Penganjuran tersebut dilaporkan bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir hampir jam 10.00 malam dan dianggarkan hampir 1,200 orang peserta divaksinkan bagi Mukim Talungan serta perkampungan sekitar dan dilaporkan akan berjalan semula dos kedua pada 13 Ogos 2021
dimana pada tarikh tersebut perlu pemantauan rapi dari pihak berkuasa tempatan agar masyarakat kampung mendapat pemeriksaan rapi aspek tinggi darah semasa vaksinasi pertama tidak dilakukan keatas lebih seribu orang tegas mereka. Menurut masyarakat mukim Talungan pada 24 Julai 2021 juga vaksinasi dos pertama disambung semula dengan penganjur yang sama di Dewan Talungan dan dos kedua dilaporkan pada 14 Ogos 2021 akan datang.
Dalam konteks ini kerajaan Sabah perlu memberi teguran penganjuran yang mengabaikan kesihatan warga kampung disamping kurang kawalan SOP penjarakan diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan