Rabu, 7 Julai 2021

UMNO TARIK SOKONGAN PADA PN 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Sebaik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk mengumumkan penarikan sokongan keatas kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Mohyiddin Haji Mohd. Yassin semalam pelbagai andaian yang disimpulkan oleh seluruh rakyat negara Malaysia masa kini. 

Beberapa aktivis masyarakat menyuarakan jika semua 35 ahli parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kepimpinan kerajaan PN masa kini apa kah berlaku pembubaran parlimen atau bertukar Perdana Menteri jelas mereka.

Malah ramai yang bimbang jika berlaku pembubaran parlimen bagaimana pilihan raya dilakukan pada masa menempuh pandemik covid 19 yang berlaku ribuan kes sehari seluruh negara jelas rakyat jelata tag ditemui.

Jika berlaku pertukaran Perdana Menteri akibat kehilangan sokongan dari ahli ahli parlimen UMNO siapakah bakal Perdana Menteri seterusnya? Apakah dari UMNO atau dari PAS semua teka teki ini hanya terletak ditangan seluruh Ahli Parlinen yang nendapat majoriti besar penyokong pilihan Perdana Menteri seterusnya melibatkan sokongan parlimen Sarawak dan Sabah amnya.

Sehingga berita ini ditulis Ahli Parlimen Sarawak dan Sabah masih belum ada sebarang komen dikeluarkan berhubung hilang sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri masa kini.

Desas desus dari orang orang kuat UMNO yakin terdapat beberapa pilihan menggantikan Perdana Menteri masa kini dikalangan Ahli Ahli Parlimen mereka berwibawa dan bersih dalam arena kepimpinan dalam parti.





Nota. Dilarang mebuat ulasan berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan