Sabtu, 24 Julai 2021

VAKSINASI TIDAK BERKESAN JIKA SOP DIABAIKAN Oleh. Huzera Ben 

New York. Cabaran dunia memutus kematian serangan virus Covid 19 dilihat kurang berkesan berikutan pengabaian SOP dalam aspek penjarakan diri dan kegagalan memakai pelitup muka dengan sempurna walaupun berjuta divzksinasi seluruh dunia setiap hari. 

Ini disuarakan beberapa pesara kakitangan pemerintah dekat sini bagi merungkai kemelut penularan jangkitan dan kematian serangan Covid 19 seluruh dunia masa kini yang tidak ada hentinya tegas mereka. 

Setiap negara seluruh dunia masing masing  mengumumkan  jumlah kematian dan jangkitan setiap hari  tanpa henti namun berkeliaran masyarakat yang sering melanggar SOP penjarakan diri serta mengabaikan pemakaian pelitup muka menyebabkan virus Covid 19 terlalu pantas merebak  tanpa mengira yang sudah di vaksin atau belum penularan terus berlaku ujar mereka. 

Dalam himpunan pewaksinan sahaja banyak pihak berkuasa tempatan gagal mengawal penjarakan diri serta ada yang tidak memakai pelitup muka namun ada petugas yang sengaja tidak melakukan teguran  pada setiap negara bagai Covid 19 mampu dibunuh oleh VAKSIN yang mereka suntik dalam setiap tubuh manusia terang mereka.   
 

Menurut pesara petugas 
pemerintah negara negara maju hanya penguatkuasaan dan tindakan undang undang sahaja mampu memperkemas seluruh pematuhan SOP DAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA yang boleh mendidik manusia mematuhinya tanpa henti setengah jalan.                  Dunia perlu membuka mata bagi memerangi Covid 19 selagi belum mampu mencipta UBAT BAGI MEMBUNUH VIRUS tersebut agar nyawa seluruh manusia mampu diselamatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan