Sabtu, 24 Julai 2021

COVID 19 TERUS MENYERANG 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Covid 19 terus menyerang seluruh negara sehingga kes harian melebihi 15,000 sehari walaupun pelbagai usaha kerajaan mengekang penularan tersebut siang dan malam. 

Sebaliknya sikap masyarakat seluruh negara kurang mengguna pakai SOP yang ditetapkan pihak kerajaan menyebabkan  Covid 19 terus meningkat setiap hari terutama sekitar bandar perumahan dan pekan. 

Dalam konteks negara mendepani Covid 19 yang kian meruncing setiap hari orang ramai tanpa mengira pangkat dan darjat harus bersatu mematuhi pemakaian pelitup muka serta penjarakan diri setiap hari serta menghindari sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi penjarakan diri.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan