Selasa, 20 Julai 2021

KERAJAAN SABAH PERLU BERI  RAKYAT KEBEBASAN 

Oleh. Jopis Anak Lagau 
Sabah. Rakyat jelata meminta kerajaan negeri memberi kebebasan  kepada setiap rakyat memilih VAKSIN diterima dalam suntikan demi kepentingan diri mereka tanpa memaksa vaksin yang tidak mereka senangi.
Ini dicadangkan  oleh beberapa rakyat asli Sabah yang menghubungi Media Terkini sebagai mewakili semua warga asli agar diberi kebebasan memilih vaksin yang hendak dipilih agar serasi dengan naluri tubuh badan mereka tanpa  sebarang alahan luar biasa yang dialami mereka. 
Sejak kebelakangan ini ramai warga Sabah merasa kurang senang berikutan mereka tidak diberi peluang memilih vaksin yang berkenan dihati mereka terutama wargatua serta generasi muda mudi yang amat menitikberatkan kesihatan diri mereka dimasa hadapan.
Dengan pendedahan ini warga Sabah berharap  kerajaan negeri dan pusat amnya dapat mempertimbanhkan tuntutan mereka demi pertahanan tubuh masing masing dalam jangka panjang ujar mereka.













Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat ikIan  niaha didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan