Jumaat, 2 Julai 2021


 MAMPUKAH BANDERA HITAM MERAIH SOKONGAN ?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Langkah mengajak rakyat seluruh negara mengibar BANDERA HITAM  (Petang Sabtu) sebagai tanda protes terhadap kerajaan masa kini dilihat sebagai naluri golongan tertentu kelangsungan politik.

Hasrat mereka (penganjur) yang mahu meminta parlimen dibuka, darurat dibubar sekadar meminta sokongan rakyat dalam negara bagi mengibar Bandera Hitam sebagai perhatian semua pihak namun sejauh mana kah penbabitan seluruh rakyat Malaysia menerusi kempen tersebut?.

Penyebaran kempen mengibar Bandera Hitam telah menggerak Polis DiRaja Malaysia membuka kertas siasatan pada Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 505 (c) kanun keseksaan dan Seksyen 233  Akta Kumunikasi Dan Multimedia 1998 yang diumun  Bukit Aman hari ini.

Menurut sumber, penganjur kibar Bandera Hitam diketuai oleh individu yang menganggotai parti politik berstatus penaja sebagai protes kepimpinan kerajaan masa kini sehingga mengheret rakyat bersama melaksanakan pengibaran Bandera Hitam lebih kurang jam 3.00 petang Sabtu serentak seluruh negara.

Apapun kebanyakan rakyat yang ditenui sekadar mengatakan tunggu dan lihat berapa ramai penyokong BANDERA HITAM tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan