Isnin, 26 Julai 2021

PARLIMEN PANAS  

Oleh. Tedung Selar 

Kuala Lumpur. Dewan parlimen bakal panas jika naluri hati rakyat dibangkitkan oleh  ahli ahli  parlimen dalam perbahasan bermula 26 Julai hingga 2 Ogos 2021 menurut aktivis politik semasa hari ini. 

Semua suasana dewan parlimen bergantung kepada kesiapsiagaan ahli ahli parlimen membangkitkan keluhan dan rungutan rakyat setiap hari khususnya mereka yang kehilangan sumber pencarian khususnya petani luar bandar berikutan penutupan tamu dan pasar malam sejak pandemik Covid 19 melanda negara ini.

Majoriti tamu mingguan dan pasar malam ditutup namun banyak kilang kilang besar sudah dibenarkan beroperasi semula  tanpa mengkaji derita warga kampung yang hanya bergantung kepada hasil tani mereka sebagai pencarian sumber kehidupan tegas pemerhati politik.

Segala kemelut rakyat selama ini yang diberi bungkusan makanan bernilai RM100.00 untuk kegunaan lebih dari dua bulan malah ada yang lebih dari 3 bulan setiap sekali pemberian bagai tidak berbaloi diharap dapat dibentangkan oleh ahli ahli parlimen dalam pembukaan perbahasan terang pemerhati politik semasa. 

Untuk rekod laporan dari Sabah terdapat rakyat hanya sekali sahaja diberi bantuan bungkusan makanan selama 6 bulan namun cakap agihan menyeluruh yang terlibat dengan serangan penyakit Covid 19 dilaporkan pemanis kata sahaja ujar orang Sabah hari ini. 

Tamu Mingguan dan Pasar Malam di Sabah terus ditutup  hampir setahun yang lalu namun bantuan makanan tidak diberi setiap bulan yang munasabah sebagai menampung makanan keluarga mereka.

Sejajar dengan pembukaan bahas parlimen kali ini rakyat jelata yakin memperolehi pembelaan dikalangan ahli ahli parlimen mereka dalam mengutarakan suara hati kehilangan sumber pencarian disamping memperolehi bantuan yang setimpal setiap bulan kehilangan pendapatan dari penjualan pertanian ditamu mingguan berhampiran ujar pemerhati politik.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan