Jumaat, 9 Julai 2021

SEMUA BUS STOP TERMINAL KAMI? 

Oleh. Jopis Anak Lagau Sabah. Tindakan pemandu bus mini menjadikan semua bus stop sebagai terminal bus mereka sendiri harus diambil tindakan oleh penguatkuasa JPJ dan LPKP setiap hari bagi mengelak golongan pemandu bus mini menghalang kenderaan orang lain mengambil rakan rakan mereka dikawasan bus stop terlibat.

Sebilangan pemandu bus mini yang menjadikan bus stop  sebagai terminal mereka memaksa orang duduk di bus stop menaiki bus mini mereka dengan menutup laluan kenderaan lain singgah mengambil sahabat dan teman mereka yang duduk menunggu diperhentian bus.

Pendedahan orang ramai yang ditemui sempanjang Perhentian Bus dari sekitar SESB KK sepanjang jalan Likas, Inanam, Menggatal Telipok dan Rugading dalam tinjauan Media Terkini sepanjang minggu ini.

Kebanyakan pemandu bus mini yang berkelakuan seumpama dilaporkan menggunakan loghat mirip bahasa warga asing dengan bahasa yang amat kasar jika tidak menaiki bus mini mereka.

Terdapat juga masyarakat yang ditemui melaporkan banyak pemandu bus mini masa kini sesuka hati sahaja menaik kadar tambang terhadap penumpang tanpa perikemanusiaan dan tidak mempamerkan kenaikan tambang dari pihak kerajaan ujar mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita ini dan memuat iklan nuaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor   


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan