Isnin, 26 Julai 2021


 COVID 19 DAN EKPNOMI RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan  

Kuala Lumpur. Dalam persidangan Parlimen masa kini apa kah pelan yang dirangka pemutusan rantaian kematian dan jangkitan Covid 19 serta pemangkin mempertingkatkan kehidupan rakyat termiskin diluar bandar khususnya berkerja sendiri  mampu dibahas sepanjang persidangan parlimen sehingga 2 Ogos 2021?. 

Semua impian rakyat hanya satu memutus rantaian Covid 19 dan mahu ahli ahli parlimen mencari langkah bagaimana berusaha mempertingkatksn ekonomi rakyat  dalam masa memutuskan rantaian covid 19 yang lebih 12,000 jangkitan dan lebih 200 kematian sehari  masa kini diseluruh negara. 

Dalam cabaran suara parlimen masaalah rakyat perlu diutamakan antara aspek tekanan hidup tanpa sumber kewangan disamping bagaimana Covid 19 boleh dikurangkan keangka ratusan sahaja seluruh negara setiap hari. 

Sehingga hari ini ekonomi rakyat luar bandar sangat terus terjejas hidup mereka  tanpa dapat memasarkan hasil tani akibat penutupan tamu mingguan dan pasar tani amnya pasar malam. 

Satu harapan dikalangan masyarakat masa kini ialah tindakan ahli ahli parlimen menyuarakan ilham terbaik bagi menghulur bantuan supaya ekonomi mereka (rakyat luar bandar) dapat dipulihkan secepat yang boleh tanpa mengira kefahaman politik mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan