Oleh. Jaitos Dumiri
Sabah. Dalam mendepani pandemik Covid 19 aidiladha ini ramai masyarakat dilaporkan menggunakan ketam sebagai juadah santapan keluarga masing masing.
Sungguhpun masyarakat tidak boleh rentas daerah namun terdapat syarikat yang datang mengambil Ketam ini dari kawasan Kudat bagi pasaran seluruh negeri ini untuk juadah semasa menyambut Aidiladha tahu ini bagi keluarga berkemampuan.
Bagi rakyat yang tidak berkemampuan akibat kehilangan sumber pencarian ditahun pandemik Covid 19 sekadar memerhati sahaja makanan yang lazat ini tanpa kewangan bagi membelinya ujar warga yang ditemui.
Sebilangan warga kampung yang ditemui mengakui cantik pengumuman yang dihebahkan bantuan namun bila cek bank sama sahaja wang masuk seperti tahun tahun yang sudah tanpa penambahan seperti berulang kali dihebahkan masa kini tegas mereka.
Ada juga berkemampuan yang menyepi diri tanpa keinginan menghulur sumbangan kepada rakyat miskin tegar disekeliling kediaman mereka.
Tidak hairan lah Aidiladha tahun ini cukup terasa bagi warga miskin tanpa sebarang kewangan membeli makanan untuk santapan seluruh keluarga mereka.
Rakyat miskin menyuarakan pandangan mereka agar skim bantuan kerajaan terus disalurkan pada rakyat miskin tanpa sebarang birokrasi dan tidak ditunggu bagai bulan jatuh ketibaan tegas warga miskin yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan