Khamis, 15 Julai 2021

COVID TIDAK MEMILIH

Oleh. Helary Sukiono 


 Jakarta. Setiap langkah tersilap dikalangan masyarakat sekeliling memberi peluang virus covid 19 menyerang berganda dengan sekelip mata tanpa disedari semua lapisan masyarakat sejagat. 

Pemerintah negara ini  juga sedang berusaha menggandakan langkah langkah khas kearah memutuskan rantaian covid 19 diseluruh negara yang merekodkan jangkitan harian lebih 40,000 orang.

Antara langkah yang dilaksana awal pemerintah negara ini adalsh menambah 2,000 doktor disamping menambah lebih 20,000 jururawat baharu bagi membantu tenaga petugas barisan hadapan disetiap hospital seluruh negara.

Negara ini telah merekodkan kematian serangan virus covid 19 sejak lebih setahun lalu dengan angka 69,210 orang manakala jumlah catatan jangkitan lebih 2,670, 046 orang.

Sehingga hari ini juga telah ramai dikesan mendapat jangkitan Varian Delta diseluruh negara dalam 11 daerah di Pulau Jawa namun masih ramai warga terus mengabaikan penjarakan sosial serta sekadar memakai MASK gantung dagu sekadar tutup mulut dan hidung ternganga ujar warga tempatan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan