Jumaat, 23 Julai 2021

SIASAT PENGURUSAN VAKSIN MUKIM TALUNGAN  

Oleh. Tedung Selar 

Inanam. Kerajaan Sabah diminta membuka kertas siasatan terhadap penganjuran penyuntikan Vaksin yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak awal pagi hingga lewat tengahari berbaris dan berjemur akibat kebanjiran masyarakat berhampiran. 

Penganjur PEVAKSINAN terlibat bagai kurang menitikberatkan keselamatan nyawa masyarakat yang membanjiri Dewan Sekolah kampung Talungan tanpa mengira jumlah petugas kesihatan dengan jumlah kehadiran penduduk kampung berhampiran. 

Demikian hantaran Germis Maskati pemerhati sepanjang program PEVAKSINAN tersebut dari jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang masih bersesak orang menanti divaksinkan sedangkan penganjur program telah balik kepejabat masing masing tanpa membantu memerhati masaalah yang berlaku ujar beliau.

Menurut Germis Maskati, dianggarkan lebih 900 orang hadir membanjiri tempat PEVAKSINAN berkenaan namun petugas PEVAKSINAN tidak mencukupi bagi menampung kehadiran orang ramai jelasnya. 

Sehubungan dengan suara para peserta PEVAKSINAN di Mukim Talungan Inanam kerajaan Sabah perlu bertindak tegas sebagai langkah memutuskan rantaian covid 19 yang menjejaskan ekonomi dunia masa kini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan