Jumaat, 30 Julai 2021

HEBAHAN PKPD MEMBERI PELUANG BERPINDAH  

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Penularan kes Covid 19 sejak kebelakangan ini dipercayai berpunca dari penduduk asing yang menyewa dan pantas berpindah sebaik mendengar dan melihat hebahan kawasaaan setempat  yang dikenakan PKPD jelas orang asli dalam negeri ini yang ditemui. 

Warga asli Sabah mencadangkan semua lokaliti yang dikenakan PKPD diubah tanpa hebahan bermula bagi mengelak orang yang melarikan diri bagi memberi jangkitan orang lain tempat pemindahan baru mereka. 

Tarikh penutupan PKPD tidaklagi  boleh dihebahkan demi mengekang penularan Covid 19 dari orang orang yang lari akibat hebahan awal penutupan PKPD tegas  mereka. 

Kemelut hebahan PKPD diperingkat awal mampu mempercepatkan penularan Covid 19 berikutan sikap orang asing berpindah kekawasan lain sebelum kediaman mereka dipagar pihak berkuasa tempatan  tegas orang ramai. 


Semua program perintah kawalan pergerakan diperketatkan cukup untuk maklumat petugas tertentu agar mampu mengekang penularan rantaian covid 19. 
Sama sama lah kita semua menjaga dan memutuskan  setiap rantaian covid  19 agar semua warga dalam negeri ini sembuh seperti sebelum kehadiran penyakit tersebut. 













Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor












Tiada ulasan:

Catat Ulasan